Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah
az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis
padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu
sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang
menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w.
tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda,
penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda
menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah
rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda
meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk
menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan
di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah
s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan
tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam
penggilingan tangan itu seraya diucapkannya
"Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan
sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair
ke dalam penggilingan tangan itu untuk anaknya dengan tangannya
sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih
kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir
syair itu digilingnya.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada
gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka
penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata
dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat
bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya
Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan
Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah
Baginda s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib
pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah
mendengar dalam kitab Allah s.w.t.suatu ayat yang bermaksud:
"Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para
malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap
apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang
dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak
hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w.
kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana
engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam
syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu
kemudian diamlah ia.
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada
anakdanya, "Jika Allah s.w.t. menghendaki wahai Fathimah, niscaya
penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah
s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan
dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu
beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung
untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya
dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan
mengangkatnya satu derajat".
"Ya Fathimah perempuan mana
yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah
s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya
Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan
menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t.
akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan
kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang
yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat
tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t. akan menghalanginya dari meminum
air telaga Kautshar pada hari kiamat".
"Ya Fathimah,
yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap
istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan
kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu
daripada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah
s.w.t.?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah
s.w.t. akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan
menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak
melahirkan maka Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang
yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. Apabila ia
melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya
pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia
meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan
Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah
serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."
Perempuan
mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan
ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni
dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan
pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan
rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah
s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan
mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t. akan
memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang
menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah
untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari
langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah s.w.t. telah
mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang
akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut
suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting
kukunya maka Allah s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai
syurga dan Allah s.w.t. akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta
Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia
melintas di atas titian Shirat"
dikutip dari (almuhajirin.com)
dikutip dari (almuhajirin.com)
0 komentar :
Posting Komentar
Thanks for your commentar